create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Wednesday 11 May 2011

Senarai Tugas Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Keladi

1.Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.

2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.

3.Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.

4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.

5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.

6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.

7.Menggalakkan guru dan murid-murid menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.

8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.

Senarai Tugas Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Keladi

1.     Merancang  kewujudan PSS dan  merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.

2.     Menentukan sumber kewangan PSS dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/belajar.

3.     Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.

4.     Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas,jadual waktu penggunaan PSS ,peruntukan masa pinjaman dan lain-lain.

5.     Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya : keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.

6.     Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material.Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar , bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.
 
JAWATANKUASA KERJA
PUSAT SUMBER SEKOLAH

                    Penasihat

En. Azizan Md. Saad
(Guru Besar)
 

Pengerusi
Pn.Suzzana Md Saad
                                              (Penolong Kanan 1)
 


                                   Setiausaha

Pn. Umai Kalsom Hassan
(Guru Perpustakaan & Media)
 

Ahli Jawatankuasa
 

Ketua Pengawas  PSS  Penyelaras   NILAM  Wakil Panitia  BM&BI
                                              

                    Guru    Pemulihan Guru Prasekolah
                           

Tuesday 10 May 2011

               CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA INDUK
PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pengerusi
En. Azizan Md. Saad
(Guru Besar)
 

Naib Pengerusi
Pn.Suzzana Md Saad
(Penolong Kanan 1)
 

           
Setiausaha
Pn. Umai Kalsom Hassan
(Guru Perpustakaan & Media) 

Ahli Jawatankuasa
 

         PK HEM              Kaunselor        Ketua- ketua Panitia

Sekolahku UNIC

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"

Menuju Wawasan UNIC

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Objektif Pusat Sumber Sekolah

  • ·        Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan murid-murid. 
  • ·        Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran. 
  • ·        Meningkatkan profesionalisme guru. 
  • ·        Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat. 
  • ·        Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
  •     Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan murid-murid 

Matlamat Pusat Sumber Sekolah

·      1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

·     2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu,dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan Negara, bangsa dan agama.

·   3Membentuk golongan murid yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah murid-murid supaya dapat memainkan peranan positif.

·  4. Mendedahkan Murid-murid dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

VISI & MISI & MOTO PSS

VISI
Membudayakan Teknologi Pendidikan Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Pusat Penyebaran Ilmu dan Maklumat

MOTO
Pusat Sumber Sekolah Sentiasa Ke Arah Kecemerlangan Budaya Ilmu