1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2. Menentukan sumber kewangan PSS dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/belajar.
3. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
4. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas,jadual waktu penggunaan PSS ,peruntukan masa pinjaman dan lain-lain.
5. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya : keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
6. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material.Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar , bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.